Blog ini adalah untuk memenuhi kehendak kurikulum TMK dalam PJ- kursus PJ 2311. Maklumat di ruangan ini adalah untuk dikongsikan kepada sesiapa sahaja berkaitan Pendidkan Jasmani, perkembangan sukan di Malaysia dan sebagainya.
Wednesday, 16 January 2013
JURNAL:: SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN
PROSIDING PERKEM V, JILID 2 (2010) 300 – 310
ISSN: 2231-962X
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke V (PERKEM V),
Inovasi dan Pertumbuhan Ekonomi,
Port Dickson, Negeri Sembilan, 15 – 17 Oktober 2010
SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA: POTENSI DAN PROSPEK
SPORTS FOR TOURISM ATTRACTIONS IN MALAYSIA: POTENTIAL AND PROSPECTS
KU MUHAMMAD HUSSAINI KU SHABUDIN DAN JABIL MAPJABIL
ABSTRAK
Pelancongan sukan menjadi „sub‟ yang popular dalam sektor pelancongan masa kini. Kejayaan menganjurkan persidangan dunia dalam pelancongan sukan di Barcelona, Sepanyol pada tahun 2001 menjadi titik tolak kepada perhatian yang serius dan liputan meluas pada tahun selepasnya (World Tourism Organisation & International Olympic Committee, 2001). Sehingga awal tahun 1990an, pelancongan dan sukan wujud dalam dua ruang aktiviti yang berasingan (Glyptis, 1991). Dalam tempoh itu, kebanyakan sarjana, pembuat keputusan dan pihak kerajaan yang terlibat dalam bidang pelancongan dan sukan melihat keuntungan bagi kedua-dua sektor ini secara terpisah, walhal manfaat yang dijana oleh sinergi kedua-duanya adalah jauh lebih besar. Di Malaysia, kejayaan menganjurkan perlumbaan Le Tour de Langkawi pada tahun 1996 menjadi titik peralihan kepada tumpuan kerajaan terhadap pembangunan sektor pelancongan sukan. Kini, Malaysia semakin dikenali dengan penganjuran beberapa sukan bertaraf dunia, antaranya Royal Langkawi International Regatta (Januari), Ironman Triathlon (Februari), Formula 1 Grand Prix Malaysia (Mac), Piala Dunia Showjumping FEI (Mei), Perlumbaan Petronas Primax 3 Merdeka Millineum Endurance (Julai), Super GT (Ogos), Grand Prix Motosikal Malaysia (September), A1GP Malaysia (November) dan Piala Monsun (Disember). Kesemua acara sukan bertaraf antarabangsa ini membawa pulangan lumayan kepada masyarakat dan negara. Sukan memiliki kelebihan sebagai produk pelancongan kerana tempoh penganjurannya berlangsung dalam beberapa hari, mendapat liputan publisiti melalui media cetak dan elektronik secara meluas, menerima tajaan daripada pelbagai syarikat multinasional dan domestik serta peluang penduduk tempatan menjalankan perniagaan dalam tempoh kejohanan berlangsung. Sebagai contoh, kejayaan penganjuran Sukan Komanwel 98‟ yang melibatkan 6,000 orang atlit dan pegawai, 2,500 buah syarikat media cetak dan 500 juta orang penonton siaran langsung menerusi televisyen di seluruh dunia. Perlumbaan Piala Monsun di Pulau Duyung, Terengganu pula merekodkan ketibaan pelancong seramai 81,000 orang pada tahun 2007 dengan nilai media kasar mencecah RM217.6 juta.
Kata kunci: pelancongan, sukan dan pelancongan sukan
ABSTRACT
In the recent years, sport tourism has become one of the core “subs” of tourism. The success of the conference for the world of sports tourism held in Barcelona, Spain in 2001 has become a cornerstone for serious attention and extensive coverage in the following year (World Tourism Organisation & International Olympic Committee, 2001). Until the early 1990s, tourism and sports activities exist in two separate spaces (Glyptis, 1991). In that period of time, most scholars, policy makers and governments involved in the field of tourism and sports, see the benefits of both these sectors separately, although the benefits generated by the synergy of the two is far greater. Sports have an advantage as a tourism product because the time period of organizing takes place within a few days, which may get extensive publicity coverage through print and electronic media, receive sponsorship from various local and multinasional companies as well as provide the opportunity of doing business for local residents during the organization of tournament. In Malaysia, the success of organizing the Le Tour de Langkawi in 1996 has become a turning point in the government's focus on the development of sports tourism. Nowadays, Malaysia is well-known for hosting several world-class sports, such Royal Langkawi International Regatta (January), the Ironman Triathlon (February), Formula 1 Grand Prix of Malaysia (March), FEI Showjumping World Cup (May), the Petronas Primax 3 Merdeka Race Millineum Endurance (July), Super GT (August), Malaysian
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke V 2010 301
Motorcycle Grand Prix (September), A1GP Malaysia (November) and the Monsoon Cup (December). All of these international sporting events bring good returns to society and country. For example, the successful hosting of the Commonwealth Games 1998 'which involved 6,000 athletes and officers, 2,500 media companies and 500 million people live on television viewers around the world. Monsoon Cup race in Mermaid Island, Terengganu also recorded a total of 81.000 people in tourist arrivals in 2007 with a value of RM217.6 million gross media.
Keywords: tourism, sports and sports tourism
PENGENALAN
Menurut Bhatia (1986), pelancongan adalah smokeless industry kerana tidak melibatkan proses pengeluaran produk secara perkilangan, sebaliknya sumber pendapatan dijana melalui pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelancong, contohnya perkhidmatan pengangkutan, penginapan, hospitaliti, makanan, hiburan dan ciri tarikan pelancongan yang ditawarkan. Konsep ini berkait rapat dengan model pelancongan teras yang dikemukakan oleh Medlik (1996). Menurut beliau, pelancongan adalah suatu industri yang melibatkan firma dan pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan dan ciri tarikan pelancongan kepada pelancong. Kini, terdapat salah satu sektor pelancongan yang mula diberi perhatian di Malaysia iaitu pelancongan berkonsepkan sukan. Pelancongan berasaskan sukan sememangnya berpotensi untuk dijadikan produk pelancongan yang memberi pulangan lumayan kepada negara. Kehadiran ramai penonton serta penyertaan peserta domestik dan antarabangsa di dalam setiap acara sukan yang dilangsungkan telah menyumbang kepada pendapatan negara. Di Malaysia sektor pelancongan merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan negara. Pada tahun 2007 Kementerian Pelancongan Malaysia telah mensasarkan kehadiran pelancong sebanyak 20.1 juta orang dengan sasaran tukaran wang asing sebanyak RM44.5 bilion. Saban tahun peratus pertumbuhan pendapatan menerusi sektor pelancongan terus meningkat. Ini menunjukkan industri pelancongan di Malaysia akan terus berkembang dan mempunyai potensi yang amat besar. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana negara kita mempunyai pulau-pulau yang indah, kawasan tanah tinggi yang menarik dan pelbagai warisan lagi.
Pelancongan dan sukan adalah sektor yang paling besar dan berkembang pesat di seluruh dunia, baik dari aspek sosial mahupun ekonomi (Kurtzman dan Zauhar, 2003). Pelancongan sukan menjadi „sub‟ yang popular dalam sektor pelancongan masa kini. Kejayaan menganjurkan persidangan dunia dalam pelancongan sukan di Barcelona, Sepanyol pada tahun 2001 menjadi titik tolak kepada perhatian yang serius dan liputan meluas pada tahun selepasnya (World Tourism Organisation & International Olympic Committee, 2001). Pelancongan sukan melibatkan semua bentuk penyertaan secara aktif dan pasif dalam aktiviti sukan, sama ada menyertainya secara kebetulan ataupun yang dianjurkan untuk tujuan komersial atau sebaliknya, dengan syarat ia melibatkan aktiviti perjalanan meninggalkan tempat kediaman dan lokasi bekerja yang asal (Standeven dan De Kop, 1999). Standeveven dan De Knop mengemukakan suatu kerangka teoretikal berkaitan dengan pelancongan sukan yang dibahagikan kepada bentuk pasif dan aktif. Percutian sukan bentuk pasif meliputi sama ada the casual observer atau the connisseur. Bentuk sukan aktif pula dibahagikan kepada „aktiviti sukan percutian‟ dan „percutian aktiviti sukan‟.
PELANCONGAN SUKAN : TINJAUAN LITERATUR
Menurut Glyptis (1991), sektor pelancongan dan sukan berkembang dalam dua ruang aktiviti yang berasingan sehingga awal tahun 1990an. Dalam tempoh 1990-1995, sebilangan besar para sarjana, pembuat keputusan dan pihak kerajaan yang terlibat dalam bidang pelancongan dan sukan seolah-olah mengabaikan potensi dan manfaat yang boleh dijana secara kolektif daripada sintesis kedua-dua bidang tersebut. Terdapat kajian yang meneliti tentang saling kebergantungan pelancongan dan sukan (Redmond, 1990; Weed dan Bull, 1997; Standeven & de Knop, 1999). Menurut Standeven & de Knop (1999), pelancongan sukan melibatkan semua bentuk penyertaan secara aktif dan pasif dalam aktiviti sukan, sama ada menyertainya secara kebetulan ataupun yang dianjurkan untuk tujuan komersial atau sebaliknya, dengan syarat ia melibatkan aktiviti perjalanan meninggalkan tempat kediaman dan lokasi bekerja yang asal (Standeven dan De Kop, 1999).
302 Ku Muhammad Hussaini Ku Shabudin & Jabil Mapjabil
Kajian di peringkat antarabangsa mendapati pelancongan sukan telah menyumbang banyak impak kepada ekonomi sesebuah negara. Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh Jones (2001) terhadap kejohanan Rugby World Cup Championship (RWC) yang dianjurkan di Wales pada tahun 1999 mendapati sebanyak $1.3 bilion keuntungan telah diperolehi oleh negara tersebut dan sekaligus menarik kedatangan pelancong seramai 1.7 juta orang datang untuk menyaksikan kejohanan tersebut. Begitu juga di dalam penganjuran acara golf antarabangsa yang diadakan di La Costa telah menarik kunjungan 75,000 orang termasuk penonton, pegawai kejohanan, pegawai pasukan dan staf media. Kejohanan PGA Tour Championship ini telah memberi pulangan sebanyak $25 juta kepada ekonomi tempatan terutamanya dalam industri makanan, hiburan dan cenderahati (Md Amin Md Taff, 2003). Terdapat pelbagai klasifikasi berkaitan sukan dan pelancongan berdasarkan pandangan beberapa orang tokoh mengenai perkara tersebut. Sukan dan pelancongan saling berkait rapat dan menjadi salah satu produk pelancongan yang semakin mendapat tempat di negara membangun. Pelancongan acara sukan dapat menarik jumlah penonton yang ramai dan dapat meningkatkan aktiviti ekonomi masyarakat setempat (Mules dan Faulkner, 1996).
Pelancongan sukan melibatkan tarikan aktiviti fizikal yang mendorong pelancong untuk bercuti di sesuatu destinasi pelancongan. Menurut Gibson (1998), pelancongan sukan adalah apabila individu keluar dari persekitarannya dan melancong ke sesuatu tempat dalam keadaan bercuti. Semasa bercuti, mereka terlibat secara langsung dengan aktiviti fizikal atau sekurang-kurangnya menonton aktiviti pertandingan yang berlangsung. Kemampuan sesebuah negara menganjurkan sukan bertaraf antarabanggsa akan menjadi pemangkin kepada transformasi pembangunan infrastruktur, pendapatan dan ekonominya. Pelancongan sukan melibatkan suatu perjalanan yang memerlukan kos dan masa untuk sampai ke destinasi tuan rumah penganjur sesuatu acara sukan. Pada kelaziman, mereka yang terlibat adalah dalam kalangan yang menyertainya sebagai suatu pasukan seperti pengurus, jurulatih, pegawai dan pembantu sokongan serta atlit atau pemain.
Pelancongan adalah satu gabungan pelbagai aktiviti, perkhidmatan dan industri yang menyediakan satu pengalaman perjalanan iaitu pengangkutan, penginapan, makanan dan perusahaan minuman, kedai, hiburan, kegiatan kemudahan dan perkhidmatan hospitaliti lain yang disediakan untuk individu atau kumpulan pelancong jauh dari rumah (Goeldner dan Ritchie, 2006). Namun begitu, di dalam kajian tentang impak sukan terhadap komuniti yang menjadi tuan rumah kepada penganjuran sukan profesional oleh Nunn dan Rosentraub (1997), mendapati faedah yang diharapkan daripada peganjuran sukan hampir tidak dinikmati oleh penduduk tempatan. Peluang pekerjaan baru tidak dapat dijana kerana lazimnya ia dikaitkan dengan pasukan profesional khususnya pekerjaan yang memerlukan kemahiran tinggi. Selain itu, tidak terdapat peningkatan signifikan dalam perbelanjaan minuman, makanan, sewaan bilik penginapan atau gaji pekerja yang disumbangkan oleh pasukan sukan terlibat kepada penduduk tempatan. Faedah yang dapat dikaitkan dengan sukan adalah dari aspek peningkatan rasa bangga menjadi tuan rumah, peluang untuk menikmati hiburan dan peningkatan imej masyarakatnya sahaja.
PERKEMBANGAN PELANCONGAN SUKAN DI MALAYSIA
Kejayaan negara menganjurkan acara Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur adalah titik tolak bermulanya penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa dan sekaligus telah membuka mata semua pihak. Sukan Komanwel 1998 atau lebih dikenali sebagai SUKOM 98 adalah acara kedua terbesar di dunia selepas Sukan Olimpik. Terdapat sesetengah pihak beranggapan bahawa penganjuran sukan yang melibatkan kejohanan bertaraf antarabangsa adalah satu pembaziran. Hal ini kerana aspek kewangan dan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk menjadi tuan rumah kepada sesuatu acara sukan memerlukan kos yang tinggi. Sememangnya perlu diakui bahawa perbelanjaan yang besar perlu dilakukan bagi memastikan infrastruktur kemudahan sukan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh badan antarabangsa. Namun begitu, pulangan yang bakal diterima adalah berlipat kali ganda berbanding angka yang dikeluarkan melalui kemasukan ramai pelancong asing dan penglibatan penonton tempatan yang ingin menyaksikan kejohanan antarabangsa terbesar yang julung kali diadakan di Malaysia. Secara umumnya, pelancongan sukan melibatkan suatu perjalanan yang memerlukan kos dan masa untuk sampai ke destinasi tuan rumah penganjuran sesuatu acara sukan. Pada kelaziman, mereka yang terlibat adalah dalam kalangan yang menyertainya sebagai suatu pasukan seperti pengurus, jurulatih, pegawai dan pembantu sokongan serta atlit atau pemain. Selain itu, sebahagiannya adalah ahli keluarga atlit, peminat sukan atau mereka yang ingin menyaksikan sesuatu sukan itu secara langsung, ingin merasakan keseronokan, rasa hormat dan kagum dengan reputasi pemain dan prestij pertandingan tersebut. Menurut Hudson (2003), ketibaan pelancong
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke V 2010 303
dunia dianggarkan akan meningkat kepada 4.3% pada setiap tahun dan menjelang tahun 2020 ketibaan pelancong dijangka akan mencecah sehingga 1.6 bilion dan salah satu faktor yang menyebabkan peningkatan tersebut adalah pelancongan sukan.
Sebelum kejohanan SUKOM 98, pada tahun 1996 Malaysia telah menganjurkan acara lumba basikal yang berprestij iaitu Le Tour de Langkawi. Namun begitu ianya masih gagal untuk membuka mata semua pihak tentang potensi pelancongan sukan. Nama Malaysia mula terkenal di seluruh dunia selepas berlangsungnya kejohanan Sukom 98 dan masyarakat telah mula sedar melalui keuntungan yang di perolehi hasil daripada penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa tersebut. Kegagalan Le Tour de Langkawi sebagai pemangkin bagi memperkenalkan masyarakat tentang potensi pelancongan sukan adalah disebabkan oleh perancangan yang tidak teratur dan kurang sistematik. Namun, bagi edisi yang seterusnya pihak penganjur telah banyak belajar daripada kejayaan Sukom 98. Seterusnya, hasil yang dapat dilihat pada acara lumba basikal Le Tour De Langkawi telah berjaya menarik perhatian pelumba bertaraf dunia untuk turut serta menyertai kejohanan tersebut dan sekaligus setiap pasukan yang terlibat telah membawa bersama peminat-peminat sukan berbasikal ke Malaysia.
Pada tahun 1999, satu lagi kejohanan bertaraf antarabangsa telah dianjurkan di Malaysia iaitu Kejohanan Lumba Kereta Formula One (F1). Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahatir Mohammad telah mencadangkan sesuatu yang amat membantu sektor pelancongan sukan di Malaysia melalui pembinaan litar lumba bertaraf dunia di Sepang. Pada 9 Mac 1999, Litar Sepang telah dibuka secara rasmi dan Malaysia adalah negara kedua yang mempunyai litar yang bertaraf dunia di asia selepas Jepun. Kejohanan ini telah berjaya menarik perhatian penganjur lumba kereta Formula Satu (F1) serta Moto GP di dalam menjayakan kejohanan lumba kereta yang berprestij ini. Kejayaan Malaysia menganjurkan kedua-dua acara ini telah banyak membantu melonjakkan nama negara dan seterusnya menarik minat pelancong asing terutamanya pelancong yang berminat untuk menyaksikan lumba kereta F1 dan Moto GP untuk datang ke Malaysia. Statistik yang dibuat mendapati acara perlumbaan lumba kereta Formula One sahaja telah berjaya menyumbang lebih daripada RM 139 juta kepada ekonomi negara dan angka ini dijangka akan terus meningkat (Azlan Akil, 2008). Hal ini membuktikan pelancongan bercorak sukan di Malaysia sebenarnya mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan.
Pada tahun 2005, Mantan Perdana Menteri Malaysia Kelima Dato‟ seri Abdullah Ahmad Badawi pula mencadangkan agar satu kejohanan kapal layar diadakan di Malaysia. Negeri Terengganu telah dipilih sebagai tuan rumah untuk menganjurkan pertandingan ini yang dikenali sebagai Monsoon Cup. Kejohanan Piala Monsun di Terengganu adalah pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara (Gilmour, 2008). Matlamat utama kejohanan ini adalah mempromosikan negeri Terengganu dan Malaysia ke seluruh dunia, di samping menjadikan pelancongan sukan sebagai salah satu produk bagi pembangunan ekonomi negara. Selain itu, kejohanan ini turut menggalakkan penglibatan penduduk tempatan di dalam sukan. Kejohanan perlumbaan kapal layar ini mendapat liputan daripada 70 siaran televisyen termasuk siaran tempatan dan antarabangsa. Jumlah penonton yang menyaksikan kejohanan ini telah bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 2005, jumlah penonton adalah 25,000 orang. Jumlah penonton terus bertambah pada tahun berikutnya kepada 33,700 orang (2006) dan 81,000 orang (2007). Jumlah ini menunjukkan jumlah kedatangan pelancong yang menyaksikan kejohanan Piala Monsun dan berkunjung ke Terengganu telah meningkat pada setiap tahun. Pertambahan di dalam jumlah kedatangan pelancong telah menjadikan negeri Terengganu adalah salah satu destinasi pelancongan acara sukan yang popular sekaligus meningkatkan ekonomi penduduk tempatan.
Pelancongan sukan boleh menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara. Sesebuah negara yang kecil dan sedang membangun tetapi mempunyai sumber alam yang berpotensi dibangunkan sebagai lokasi bagi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa mampu membangunkan sesuatu kawasan itu dari pelbagai aspek seperti infrastruktur, perkhidmatan, ekonomi dan sumber. Antaranya, selain menganjurkan acara temasya seperti Sukan Komanwel, Le Tour de Langkawi, Formula One dan Moonsun Cup, Malaysia juga mempunyai kemudahan infrastruktur sukan antara yang terbaik di dunia. Sebagai contoh di Kompleks Sukan Bukit Jalil bukan sahaja menempatkan Ibu Pejabat Majlis Sukan Negara (MSN) malah mempunyai Pusat Latihan Prestasi Tinggi yang juga dikenali sebagai HPTC (High Performance Trainning Centre). Dengan adanya kemudahan seperti ini, Malaysia telah berjaya menarik perhatian beberapa negara dan pasukan ternama untuk berlatih pada fasa terakhir sebelum memasuki fasa pertandingan di sini. Antara nama besar yang pernah memilih Malaysia sebagai tempat latihan adalah skuad bola sepak kebangsaan Brazil, pasukan bola sepak Chelsea dan Manchester United dan terbaru pasukan renang negara Australia sebelum mereka bertanding di Sukan Olimpik Beijing. Ini jelas menunjukkan selain daripada penganjuran
304 Ku Muhammad Hussaini Ku Shabudin & Jabil Mapjabil
acara sukan, kemudahan infrastruktur yang terdapat di Malaysia juga sebenarnya menarik perhatian atlit negara luar untuk datang ke Malaysia.
PENGANJURAN ACARA SUKAN ANTARABANGSA DI MALAYSIA
Siri Perlumbaan Formula 1
Satu siri perlumbaan lumba kereta yang paling diminati di dunia telah diasaskan secara rasmi pada tahun 1946 dan perlumbaan ini pada awalnya dikenali sebagai „Formula A‟ sebelum ditukar kepada „Formula 1‟. Siri perlumbaan ini telah ditonton oleh 580 juta orang penduduk seluruh dunia secara langsung melalui kaca televisyen. Perlumbaan ini dinaungi oleh Federation International de Automobile (FIA). FIA adalah badan yang bertanggungjawab untuk menetapkan segala peraturan untuk siri perlumbaan ini. Perlumbaan F1 melibatkan penyertaan pelbagai pihak seperti syarikat pengilang kereta iaitu Alfa Romeo, Ferrari, Mercedes Benz, Bavaria Motor Works (BMW) dan Toyota. Terdapat juga pasukan persendirian seperti Petronas Sauber (kini dikenali sebagai BMW Sauber), Jordan F1 Racing Team, Torro Rosso dan lain-lain. Di Malaysia perlumbaan F1 diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Siri Perlumbaan Moto GP
Siri perlumbaan Moto GP telah diasaskan pada tahun 1949 oleh Federation International de Motocyclisme (FIM). Hak komersial acara ini dikendalikan oleh syarikat Dorna Sport. Pasukan yang menyertai perlumbaan ini dinaungi oleh International Road Racing Team Ascociation (IRTA). Motosikal yang akan digunakan pula prlu dikeluarkan oleh kilang atau syarikat yang berdaftar dengan Motorcycle Sport Manufacturer Ascociation (MSMA). Motorsikal yang digunakan untuk siri perlumbaaan ini pula adalah motosikal yang dibina khas untuk berlumba dan tidak boleh digunakan di atas jalanraya yang digunakan oleh orang awam. Siri perlumbaan Moto GP mempunyai 3 kategori iaitu 125cc, 250cc, dan kategori MOTO GP iaitu 990cc.
Monsoon Cup
Merupakan sebuah perlumbaan kapal layar reggatta dan juga dikenali sebagai The Formula 1 of Sailing. Pada masa musim tengkujuh para nelayan tidak dapat turun ke laut kerana arus deras, ombak besar dan angin bertiup agak kencang. Acara siri perlumbaaan kapal layar reggatta ini sebenarnya masih baru. Pada tahun 2000, sebuah kesatuan telah ditubuhkan dengan nama Swedish Match Tour yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan dan memastikan kejohanan Monsun Cup berjalan lancar. Kesatuan ini mengumpul semua persatuan perlumbaan regatta yang menyertai kejohanan kapal layar di seluruh dunia dan diuruskan dibawah satu kesatuan . Monsoon Cup menawarkan hadiah kedua tertinggi iaitu sebanyak RM 1 juta kepada pasukan yang menjuarai kejohanan tersebut. Negeri Terengganu akan terus menganjurkan acara ini sehingga tahun 2012.
La Tour de Langkawi
Merupakan satu siri perlumbaan basikal lebuhraya dan diadakan pertama kali pada tahun 1996. Jelajah ini telah mendapat pengiktirafan daripada UCI Asia Tour. Hadiah yang lumayan serta trek perlumbaan mencabar menyebabkan ramai jaguh-jaguh dunia tetap mengambil bahagian. Jelajah ini juga telah menaikan lagi nama Langkawi sebagai destinasi pelancongan terkenal di dunia. Kejohanan ini turut mengalami beberapa masalah dari aspek kewangan tetapi masih dapat diteruskan sehingga kini. Kejohanan lumba basikal ini akan membawa pelumba ke seluruh pelusuk semenanjung Malaysia. Di samping itu, siri jelajah lumba basikal Le Tour de Langkawi telah disiarkan secara langsung oleh RTM 1 dan saluran astro ESPN. Pada tahun 1996 terdapat 12 peringkat perlumbaan telah dijalankan. Namun mulai 2002, ia telah dikurangkan kepada 10 peringkat perlumbaan di atas permintaan Kesatuan Basikal Antarabangsa (UCI). Lumba basikal ini melibatkan beberapa tempat di seluruh Semenanjung Malaysia. Kini LTdL telah diiktirafsebagai kejohanan lumba basikal paling berprestij di Asia dan keempat berprestij di dunia selepas Tour de France, Vuelta d‟Espania dan Giro d‟Italia. Le Tour de Langkawi juga merupakan sebahagian daripada acara memanaskan badan bagi perlumba profesional sebelum kembali berlumba di Eropah.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke V 2010 305
Menurut Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), setiap tahun dianggarkan lebih 800 juta penonton televisyen dan pendengar radio akan mengikuti perkembangan Le Tour de Langkawi (LTdL). Hal ini ternyata berjaya mempromosikan Pulau Langkawi khususnya dan Malaysia amnya sebagai destinasi pelancongan sukan yang popular (Utusan Malaysia, 20 December 2008).
Langkawi Ironman Triathlon
Langkawi Ironman Triathlon ialah acara yang menguji tahap kecergasan dan kekuatan fizikal dan mental. Ini melibatkan tiga jenis disiplin iaitu berenang, berbasikal dan berlari. Langkawi Ironman Triathlon mula dianjurkan pada tahun 2000. Kejohanan ini adalah acara wajib disertai oleh atlit triathlon profesional kerana menawarkan pungutan mata bagi menentukan atlit yang layak untuk menyertai Kejohanan Ironman Dunia yang diadakan di Hawaii. Atlit yang menyertai acara ini perlu berenang sejauh 2.4 batu, berbasikal sejauh 112 batu dan berlari sejauh 26.2 batu. Pada edisi 2009, sebanyak 505 atlit telah menyetai acara ini untuk kategori utama sahaja dan ia dijangka akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang. Sukan ini merupakan sukan bertaraf antarabangsa yang membariskan peserta handalan dunia yang bersaing meraih gelaran juara aksi lasak. Acara ini berlangsung di 23 lokasi di seluruh dunia dan mula dianjurkan di Langkawi pada tahun 2000 oleh Langkawi Ironman Endurance Sdn. Bhd. (LIEM) dengan kerjasama dengan kerajaan negeri Kedah, Majlis Sukan Negeri Kedah, Lembaga Kemajuan Langkawi (LADA), Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Kesenian dan Pelancongan. Sukan ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental para peserta (http://www.ironman malaysia. com.my).
Royal Langkawi International Regatta
Acara berprestij ini mula diadakan pada tahun 2003 dan memasuki edisi yang ke-7 pada tahun 2009. Acara ini dianjurkan oleh Royal Langkawi Yacth Club bagi merebut Piala Perdana Menteri iaitu sebagai kategori utama. Pertandingan ini juga mempunyai beberapa kategori lain seperti Primier Cruising, IRC, Sportboat, Sportboat Platu, Multihull Racing dan Club Cruising. Acara berprestij ini telah berjaya menarik jaguh kapal layar yang terkenal di dunia seperti Bruno Peyron. Acara ini menerima penyertaan daripada 60 peserta Asia dan 10 negara Eropah. Antara peserta daripada negara benua Asia adalah Singapura, Thailand, Hong Kong, Korea Selatan, China, Filipina dan Australia. Manakala dari negara benua Eropah adalah Britain, Jerman, Belanda, Perancis, Belgium dan New Zealand. Pulau Langkawi ialah salah sebuah tempat pembangunan sukan perlumbaan perahu layar yang terkenal di dunia (http://www.langkawiregatta.com).
Kejohanan Regatta Perdana Antarabangsa Geopark Langkawi pula, yang berlangsung pada 15 hingga 20 Januari 2009, seramai 70 pelayar luar yang mewakili 8 negara telah menyertainya. Negara tersebut ialah Myanmar, Thailand, Qatar, Syria, India, England, Indonesia dan Hong Kong. Thailand telah menghantar peserta teramai iaitu 38 pelayar diikuti Myanmar (13) manakala Qatar, India dan Indonesia masing-masing empat pelayar dan Syria (tiga) serta England dan Hong Kong masing-masing dua pelayar. Malaysia pula diwakili oleh 27 pelayar kebangsaan serta 124 pelayar dari Kedah, Perak, Selangor, Johor, Melaka, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah, Negeri Sembilan, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Majlis Sukan Pulau Pinang akan turut bersaing pada kejohanan itu. Pertandingan ini mempertandingkan lima kategori ialah Optimis, Laser, 470, 420 dan perahu layar yang bermula di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi (Utusan Malaysia, 14 Januari 2009).
POTENSI DAN PROSPEK SUKAN SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN DI MALAYSIA
Setiap acara sukan dan kejohanan sukan yang berlangsung mempunyai potensi dan prospeknya tersendiri. Kejohanan sukan yang berlangsung sudah pasti melibatkan beberapa lokasi yang bersesuaian dengan acara yang bakal dijalankan. Begitu juga di dalam penglibatan pelancong di dalam aktiviti sukan ketika tempoh percutían mereka. Kebanyakan pelancong mempunyai perancangan yang tersendiri di dalam memenuhi tempoh percutían mereka. Sebagai contoh para pelancong yang berminat dengan sukan selam skuba sudah pasti memilih negeri Sabah sebagai lokasi percutían yang paling sesuai. Manakala bagi pelancong yang berminat dengan aktiviti sukan mencabar seperti mendaki gunung, berkayak dan berbasikal sudah pasti memilih lokasi Tasik Kenyir sebagai destinasi percutían mereka. Terdapat banyak lagi tempat yang menarik dan menyediakan kemudahan untuk melakukan aktiviti sukan dapat dikunjungi oleh para pelancong antara salah satunya di Pulau Langkawi. Pulau Langkawi bukan sahaja terkenal sebagai salah
306 Ku Muhammad Hussaini Ku Shabudin & Jabil Mapjabil
satu pulau yang terindah di dunia, ia juga adalah satu lokasi percutían sukan yang popular di Malaysia. Produk pelancongan sukan adalah salah satu prospek terbaru di dalam menarik kunjungan para pelancong domestik dan antarabangsa mengunjungi sesuatu destinasi pelancongan. Selain itu, terdapat pelbagai kejohanan bertaraf antarabangsa dilihat sebagai tarikan utama kepada kedatangan pelancong ke Malaysia.
Agensi pelancongan, kerajaan tempatan dan media massa perlu memainkan peranan penting dalam mempromosikan produk pelancongan sukan untuk menarik kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa bagi menyaksikan acara sukan yang dilangsungkan, di samping para pelancong dapat menggunakan kemudahan sukan yang disediakan di tempat percutian. Suatu konsep pelancongan sukan ditunjukkan dalam Rajah 1.0. Model Dinamik bagi pelancongan sukan terbahagi kepada beberapa elemen penting dan perlu diambil kira dalam pelancongan sukan. Di dalam Rajah 1 dapat dilihat saling kaitan dan faedah yang diperolehi melalui penganjuran sesuatu acara sukan. Model dinamik ini telah dikemukakan oleh Hudson (2003) dan beliau telah melihat pelbagai aspek melibatkan kebergantungan antara pasaran pelancongan yang memberi faedah antara satu sama lain. Selain itu Hudson (2003) juga telah melihat tentang peranan setiap organisasi terlibat di dalam pelancongan sukan serta beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk perancangan jangka masa panjang.
Di dalam kejohanan sukan yang dijalankan terdapat perbezaan dari segi bentuk promosi, tempoh penganjuran dan perancangan dilakukan dalam usaha menarik kedatangan penonton bagi menyaksikan kejohanan yang berlangsung. Terdapat beberapa ciri khusus dalam sukan yang menjadikannya sebagai suatu tarikan pelancongan yang memberikan impak yang tinggi kepada pendapatan negara.
Tempoh penganjuran
Di peringkat dunia terdapat tiga acara sukan berprestij dan mendapat liputan meluas daripada seluruh media antarabangsa iaitu Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan Bola Sepak Piala Dunia. Ketiga-tiga acara sukan ini berlangsung dalam suatu tempoh yang panjang dan menjadi perhatian seluruh masyarakat dunia. Sebagai contohnya, Sukan Olimpik di Beijing telah berlangsung selama 16 hari iaitu pembukaan rasminya pada 8 Ogos 2008 dan berakhir pada 24 Ogos 2008. Pada Sukan Olimpik di Beijing, sebanyak 204 buah negara dan 10 ribu orang atlit telah mengambil bahagian. Kejohanan Sukan Olimpik diadakan selama 4 tahun sekali. Manakala bagi Sukan Komanwel pula telah dilangsungkan setiap empat tahun sekali, melibatkan atlet elit dari negara-negara Komanwel sahaja. Kehadiran di Sukan Komanwel biasanya lebih kurang 5,000 atlet. Commonwealth Games Federation (CGF) ialah organisasi yang bertanggungjawab untuk hala tuju dan kuasa Sukan Komanwel. Begitu juga dengan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia (FIFA) yang diadakan setiap empat tahun sekali dan disertai oleh pasukan dari serata benua. Kejohanan ini adalah paling berprestij dan menjadi tumpuan penduduk dunia tanpa mengira lapisan masyarakat. Ia berlangsung dalam tempoh 31 hari. Seterusnya, di Asia pula turut berlangsung acara sukan yang hanya melibatkan atlit dari benua Asia sahaja. Kejohanan Sukan Asia adalah acara pelbagai sukan yang diadakan setiap empat tahun dalam kalangan atlet dari seluruh benua Asia. Di Malaysia khususnya terdapat kejohanan sukan yang popular seperti Sukan Malaysia (SUKMA), Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti (MASUM) dan Sukan Staf Universiti (SUKUM). Contohnya Sukan Malaysia diadakan selama dua tahun sekali dan disertai oleh semua negeri di Malaysia.
Persediaan awal sebelum kejohanan
Sebelum sesuatu kejohanan sukan diadakan setiap negeri atau negara tuan rumah akan melakukan persediaan yang khusus dari segi kemudahan sukan, penginapan atlit, pembaikan stadium, logistik dan lain-lain lagi. Penyediaan kemudahan infrastruktur yang lengkap penting bagi memastikan setiap kejohanan berjalan dengan lancar. Selain itu, setiap negara tuan rumah juga perlu mendapatkan khidmat penglibatan sukarelawan sukan bagi membantu menjayakan kejohanan yang bakal diadakan. Para pegawai dan jawatan kuasa pengurusan turut diberi latihan dan kursus khas di samping penerangan berkaitan kejohanan turut diberikan kepada pegawai pasukan yang mengambil bahagian dalam acara sukan bakal dilangsungkan. Antara jawatankuasa yang berperanan penting di dalam sesuatu penganjuran acara sukan ialah Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pertandingan. Kejayaan menganjurkan Sukan Komanwel 98 telah membuka mata ramai pihak bahawa Malaysia adalah salah sebuah negara yang mampu untuk menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa. Kebanyakan negara yang mengambil bahagian di dalam SUKOM 98 amat berpuas hati dengan mutu penganjuran yang ditunjukkan oleh negara Malaysia. Untuk menganjurkan sesuatu kejohanan sukan bertaraf antarabangsa, semua faktor perlulah dilihat dan persediaan
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke V 2010 307
awal mesti dilakukan agar kejohanan yang berlangsung tidak mengalami sebarang masalah. Jawatankuasa pertandingan perlu meniliti dan mengakaji semua aspek pengurusan bagi memastikan setiap acara yang berlangsung berjalan lancar dan bersistematik. Kegagalan melakukan persediaan yang teratur akan memburukkan nama baik negara tuan rumah dan sekaligus mengurangkan keyakinan terhadap penganjuran kejohanan pada masa akan datang.
Liputan Media
Di dalam sesuatu penganjuran acara sukan, media cetak dan media elektronik adalah tunjang utama dalam mempromosikan kejohanan yang akan dilangsungkan. Media massa berperanan di dalam melakukan iklan dan promosi sebelum kejohanan berlangsung, liputan semasa ketika kejohanan berlangsung dan rumusan selepas pertandingan berakhir. Media elektronik seperti internet adalah medium paling berpengaruh di dalam memberi info berkaitan sesuatu kejohanan sukan seperti melaporkan kedudukan terkini pingat, maklumat pasukan yang bertanding, iklan produk tajaan, jadual pertandingan dan liputan secara terus menerus di negara tuan rumah kejohanan berlangsung. Maklumat berkaitan kejohanan sukan boleh diakses melalui laman web, blog dan laman web kerajaan seperti Tourism Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan serta laman web rasmi kejohanan yang diadakan. Kepentingan dan keberkesanan internet sebagai saluran komersial dalam konteks menyediakan maklumat kepada pelancong telah banyak diperkatakan dalam kajian terdahulu (Bonn, Furr dan Susskind, 1999; Marcussen, 1997). Laman web telah menjadi komunikasi yang penting kepada pelancong dan saluran pengedaran yang efektif kepada pengusaha pelancongan dan perkhidmatan yang berkaitan dengannya (Law, Leung dan Wong, 2004).
Penajaan
Setiap kejohanan sukan yang berlangsung sudah pasti memerlukan penajaan dan promosi melalui iklan bagi mendapatkan dana dan menarik kedatangan penonton menyaksikan kejohanan tersebut. Terdapat beberapa penaja rasmi seperti media penyiaran, minuman kecergasan, syarikat telekomunikasi dan sebagainya. Di samping itu penajaan paling utama adalah pihak kerajaan dan organisasi yang terlibat secara langsung di dalam menjayakan sesuatu acara sukan yang bakal berlangsung. Sokongan daripada pihak penajaan adalah sangat penting bagi membantu tuan rumah menyediakan kemudahan-kemudahan seperti menyediakan tempat penginapan, makanan dan minuman, pakaian dan peralatan sukan yang akan digunakan oleh para peserta. Faedah bersama akan diperolehi oleh syarikat penajaan melalui promosi iklan barangan mereka. Selain itu, keuntungan paling utama turut diperolehi oleh tuan rumah penganjur kejohanan sukan tersebut. Sebagai contoh, penganjuran kejohanan sukan yang berprestij seperti Sukan Formula One (F1) yang mendapat banyak penajaan daripada syarikat kereta terbesar seperti Mercedes Benz, Ferrari, Renault, BMW, Lotus dan lain-lain. Terdapat juga syarikat minuman yang menjadi penaja rasmi bagi sesuatu kejohanan iaitu Red Bull, 100 PLUS, Coke-Cola dan Revive. Di dalam penyiaran pula, sudah menjadi kebiasaan bagi ASTRO, RTM dan TV3 sebagai penaja rasmi bagi saluran televisyen dengan membuat liputan siaran secara langsung sesuatu kejohanan sukan berlangsung.
Individu Terbabit
Di dalam penganjuran sesuatu acara sukan sememangnya melibatkan para atlit, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai pasukan dan penonton. Setiap kejohanan yang berlangsung, atlit adalah individu paling utama di dalam mengambil bahagian dalam acara-acara yang dipertandingkan. Kejohanan sukan yang besar seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan Bola Sepak Piala Dunia sudah pasti membabitkan jumlah penyertaan besar dalam kalangan peserta yang mengambil bahagian. Jumlah penyertaan atlit atau pemain, pegawai pasukan, jurulatih dan pengurus pasukan dianggarkan melebihi ribuan orang. Di samping kehadiran penonton ke setiap lokasi acara dilangsungkan melebihi angka puluhan ribu orang. Penglibatan semua pihak ke sesuatu lokasi pertandingan dapat diklasifikasikan sebagai pelancong sukan. Seterusnya, faedah yang diperolehi oleh sesebuah negara tuan rumah adalah pertambahan di dalam jumlah pendapatan negara. Sukan adalah satu produk pelancongan yang memberi sumbangan terbesar di dalam ekonomi penduduk setempat di samping menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Selain itu, kemudahan infrastruktur seperti perhubungan, penginapan, telekomunikasi juga dapat ditingkatkan. Menurut Kurtzman dan Zauhar (2006), untuk menganjurkan sesuatu acara sukan, kemudahan spesifik mungkin perlu diperbaiki dan kemudahan sedia ada perlu diperbaharui. Aspek ekonomi ini biasanya memaksimumkan
308 Ku Muhammad Hussaini Ku Shabudin & Jabil Mapjabil
kebaikan dalam jangka pendek serta mengekalkan nilai untuk jangka masa panjang. Kemudahan yang telah dibangunkan akan terus kekal dan menjadi tarikan utama kepada mereka yang mengunjungi destinasi pelancongan tersebut. Komuniti tempatan turut memperolehi faedah bersama dari segi memperkenalkan produk tempatan seperti makanan, kraftangan dan budaya masyarakat di sesuatu tempat.
KESIMPULAN
Menganjurkan sesuatu acara sukan bertaraf antarabangsa sememangnya akan membawa pelbagai impak yang positif kepada negara penganjur. Pelaburan akan dilakukan untuk jangka panjang seperti membina kemudahan infrastruktur, penambahbaikan sistem pengangkutan, peningkatan dalam aspek kualiti perkhidmatan daripada sektor awam dan swasta, peluang untuk memasarkan produk dan nama negara serta akhir sekali promosi yang sangat bernilai menerusi media antarabangsa. Namun begitu adalah perlu diingatkan sebarang bentuk penganjuran perlu dibincang secara teliti dan diambil kira semua faktor kerana pengurusan yang berkualiti dan sistematik sahaja yang mampu membawa pulangan keuntungan. Sedikit kesilapan pengurusan boleh menyebabkan sesuatu acara sukan yang sepatutnya membawa pulangan besar menjadi satu kerugian dan malapetaka. Populariti sesuatu acara sukan seperti Sukan Olimpik, Bola sepak Piala Dunia, Siri Perlumbaan Formula Satu (F1) yang mana mampu menarik kedatangan pelancong dalam kuantiti yang ramai telah membuka mata banyak pihak untuk mengakui pelancongan sukan adalah satu „lombong emas‟ jika diuruskan dengan betul.
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan kepada Universiti Sains Malaysia kerana membiayai kajian ini di bawah Geran Universiti Penyelidikan bertajuk 'Pelancongan Sukan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara : Kajian terhadap Prioriti Sukan dalam Pelancongan dan kaitannya dengan Penganjuran Sukan serta Implikasinya'. Nombor akaun 1001/PHUMANITI/816073.
RUJUKAN
Azlan Akil (2008). Investment in F1 Sports: Issues, Impacts and Opportunities. 1st Commonwealth Conference on Sport Tourism, Kota Kinabalu, Sabah. May 13-15, 2008.
Bonn, M., Furr, H., & Susskind, A. (1999). Predicting a Behavioural Profile for Pleasure Travellers on the Basic of Internet use Segmentation. Journal of Travel Research, 37(4), 333-340.
Gibson, H. J. 1998. The Wide World of Sport Tourism. Parks and Recreation, 33 (9), 108-114.
Gilmour, Peter (2008). Monsoon Cup, Terengganu: Sport Tourism – The Business Case. World Match Racing Tour.
Glyptis, S. A. 1991. Sport and Tourism. In C. P. Cooper (Ed.). Progress in Tourism, Recreation and Hospitality Management. London: Belhaven, 165-187.
Goeldner, C. R. & Ritchie, J. R. (2006). Tourism: Principles, Practices, Philosophies (10th ed.). New York: John Wiley & Sons.
Hudson, S. (Ed.). (2003). Sport and Adventure Tourism. Haworth Hospitality Press, Binghamton.
Jones, C. 2001. Mega Events and Host Region Impact Determining the True Worth of the 1999 Rugby World Cup. International Journal of Tourism Research, 3, 241-251.
Kurtzman, J. & Zauhar, J. (2003). A Wave in Time – The Sport Tourism Phenomena. Journal of Sport Tourism, 8, 35-47.
Law, R., Leung, K., & Wong, J. (2004). The Impact of the Internet on Travel Agencies. International Journal of Comtemporary Hospitality Management, 16(2), 100-107.
Md Amin Md Taff. 2003. Sports Tourism: The New Zealand Way. Diakses pada 22 April 2010.Http://www.freewebs.com/outdoorasia/Microsoft%20Word%20%20SPORT%20TOURISM%201.pdf).
Mules, T. & Faulkner, B. 1996. An Economic Perspective on Special Events. Tourism Economics 2, 314-329.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke V 2010 309
Nunn, S. & Rosentraub, M. (1997). Sport Wars: Suburbs and Center Cities in a Zero Sum Game. Journal of Sport & Social Issues, 21 (1), 65-82.
Redmond, G. 1990. Points of Increasing Contact: Sport and Tourism in The Modern World. Dlm. A. Tomlinson (ed.). Sport in Society: Policy, Politics and Culture. Eastbourne: Leisure Studies Association.
Standeven, J. & De Knop, P. 1999. Sport Tourism. Leeds. Human Kinetics.
Utusan Malaysia, 20 December 2008
Weed, M. & Bull, C. 1997. Integrating Sport and Tourism: A Review of Regional Policies in England. Progress in Tourism and Hospitality Research, 3 (2), 129-148.
World Tourism Organization & International Olympic Committee (2001). Sport and Tourism: Sport Activities During the Outbound Holidays of the German, The Dutch and the French. Madrid, Spain : WTO & IOC
Diakses pada 23 Julai 2010. Http://www.ironmanmalaysia.com.my
Diakses pada 30 Julai 2010. Http://www.langkawiregatta.com
JADUAL 1: Peratus penonton dan jualan tiket mengikut benua
2003 2004 2005 2006 2007
Jumlah penonton
101,485
84,010
106,422
107,634
115,794
Eropah
6.0%
11.0%
10.0%
10.75%
9.23%
Asia Tenggara
11.3%
25.9%
16.5%
29.5%
14.3%
Asia
2.3%
4.87%
5.01%
7.22%
4.2%
Lain-lain (Afrika Selatan, Amerika & Kanada)
1.3%
2.64%
2.49%
2.03%
2.07%
Malaysia
80.1%
55.59%
66.0%
50.5%
70.2%
Jumlah
100%
100%
100%
100%
100%
Sumber: Azlan Akil, 2008.
310 Ku Muhammad Hussaini Ku Shabudin & Jabil Mapjabil
RAJAH 1 : Model dinamik bagi pelancongan sukan
Sumber: Diubahsuai daripada Hudson, 2003 dalam Nurul Azhani, 2008.
PELANCONGAN SUKAN
Tarikan Resort Pelayaran Pelancongan Acara
PASARAN PELANCONGAN
Pelancongan Pelancongan Ekopelancongan Pelancongan
Sukan Lasak Kesihatan Sukan
INFRASTRUKTUR
Semula Jadi Buatan Manusia
Gunung Resort
Padang Stadium
Badan Berair Jalan Basikal
PEMEGANG SAHAM
Biro Pelawat & Konvensyen Organisasi Hotel/ Motel Penganjur Acara Parti Politik
Kelab Pasukan Tempatan Pengurus Kemudahan Pegawai Sukan Pembekal
Operator Pelancongan Ejen Pelancongan Dewan Perniagaan Komuniti
Sistem Penerbangan Agensi Kereta Sewa Persatuan Restoran
Pengawal
- Agen Pelancongan
- Kawan dan Keluarga
- Perancang Mesyuarat
& Konvensyen
- Penganjur Sukan
- Media
Organisasi Pelancongan Sukan
- Penjelajah
- Hiburan
- Pertandingan
- Perniagaan
- Pendidikan
- Kesedaran Sendiri
Kerisauan Kekal
- Pulangan kepada Pelaburan
- Aspek Persekitaran
- Peruntukan Sumber
JURNAL::PEMBANGUNAN AKADEMIK SUKAN: PEMANGKIN INDUSTRI SUKAN DI MALAYSIA
PEMBANGUNAN AKADEMIK SUKAN: PEMANGKIN
INDUSTRI SUKAN DI MALAYSIA
ACADEMIC DEVELOPMENT OF SPORTS:
BASIS OF SPORTS INDUSTRYINMALAYSIA
Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud
Wirdati Mohd. Radzi
Habib Mat Som
Shahrir Jamaluddin
Abdul Rahman Idris
Universiti Malaya
Sports management as an area of academic preparation is a relatively
recent phenomenon in Malaysia. The first sports science degree
program was introduced by the University of Malaya only in July,
1995. Since then many public and private local universities began
offering sports science degree programs at various levels. This article
discusses the need, role and importance of sports science as an
academic endeavor at public and private institutions of higher
learning in Malaysia. The general overview of the sport industry is
presented. While a range of programs is offered, attention must be
given to the relevance of such programs to local needs. Sports
development is high on the national development agenda based on the
recent increase in allocation for sports in the Ninth Malaysia Plan.
Local universities must now reassess and restructure sports science
academic programs so that the educational process stays relevant to
the changing needs of local sport development.
Sejak kebelakangan ini perkembangan industri sukan negara telah menjadi semakin
pesat dan lebih menyeluruh. Ianya jelas ditonjolkan dalam sektor industri utama iaitu
seperti permainan dan pemain sehinggalah sektor industri kedua iaitu prasarana dan
arena sukan. Kesan daripada Sukan Komanwel yang dianjurkan pads 1998 telah
memberi petanda bahawa negara ini akan menjadi tumpuan dalam penganjuran sukan
di peringkat antarabangsa (Megat Daud, 2000). Kejohanan pelbagai jenis sukan di
peringkat antarabangsa telah pun di adakan dan sedang dirancang oleh pelbagai pihak
terutamanya kerajaan demi memenuhi hasrat negara untuk menjadikan Malaysia
sebagai titik tumpu atau `hub' sukan di rantau ini. Kejohanan seperti temasya Sukan
SEA, Hoki Piala Dunia (2002), Sukan FESPIC (2006), kejohanan tahunan Malaysian
Grand Prix Formula 1 dan sebagainya mengukuhkan lagi bukti bahawa Malaysia
mampu dan sedang menjana kepakaran untuk menganjurkan temasya sukan peringkat
antarabangsa. Bukan itu sahaja, Malaysia juga menghadapi saingan dalam usaha untuk
menjadi `hub' sukan di rantau ini apabila, baru-baru ini, negara jiran Singapura telah
mula jugs berkempen untuk memasarkan negara itu sebagai `hub' industri sukan
antarabangsa dengan menawarkan pakej perkhidmatan sukan yang menarik kepada
syarikat multinasional sukan.
Secara amnya, objektif artikel ini adalah untuk membincangkan tiga persoalan
yang dapat ditimbulkan berdasarkan fenomena ini, iaitu:
1. Sejauh manakah keperluan dan kepentingan industri sukan di Malaysia?
2. Sejauh manakah pula keupayaan negara dalam industri tersebut?
3. Apakah persediaan negara dalam menghadapi proses ubah ansur ini dari segi
persediaan akadenuk sukan?
Definisi Industri Sukan
Sebelum perbincangan dilanjutkan mengenai keperluan modal insan dalam bidang
sukan di Malaysia, ada baiknya ditinjau status sukan sebagai satu prospek industri
tempatan. Di Amerika Syarikat nilai industri sukan telah meningkat naik daripada
tangga ke 22 pada tahun 1987 ke tangga ke 11 dalam tahun 1995 (dalam jangkamasa
kurang 10 tahun) dengan jumlah pendapatan bemilai USD152 bilion mengatasi
industri automotif dan petroleum (Meek, 1997). Menurut mantan Perdana Menteri,
Tun Mahathir Mohamad, Perlumbaan Formula One Malaysia pada tahun 2000
misalnya telah menghasilkan impak pengganda industri sukan bernilai hampir
RM 1 bilion (Star 23 Mac 2000).
Walaupun secara khususnya tiada terdapat statistik dan kajian yang dibuat
dalam menentukan nilai sebenar industri sukan negara ini secara ilmiah namun
keluasan pengaruh sektor ini boleti dilihat secara makro sebagai perbandingan dengan
negara maju khususnya Amerika Syarikat yang merupakan pelopor industri sukan
dunia (Megat Daud, 2000). Kajian dan usaha untuk menentukan nilai sebenar industri
sukan di Amerika sentiasa dibuat dan ini amat memudahkan dan dapat kita jadikan
model atau garis panduan untuk digunakan di dalam pengukuran industri sukan
tempatan.
Secara dasarnya, industri adalab satu kumpulan organisasi yang pelbagai di
dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang saling bergantung antara sate
sama lain yang mana matlamat akhirnya adalah keuntungan. Sementara menurut satu
definisi (Ming Li, Hofacre, & Mahony, 2001) industri sukan adalah terdiri daripada
organisasi-organisasi yang mempunyai fungsi dan fokus utamanya kepada sukan atau
perkhidmatan kepada organisasi sukan. Manakala Brooks (1994) pula mengatakan
bahawa Industri Sukan terdiri daripada "sekumpulan perusahaan yang menghasilkan
barangan atau perkhidmatan sukan berdasarkan pengkhususan kerja dan melibatkan
kepakaran individu yang semakin berkembang untuk menghasilkan barangan dan
perkhidmatan sukan yang berkesan."
Mengikut Mullin (1980) industri sukan menawarkan permainan `packaged' atau
acara kepada penonton atau pengguna yang lain. Ia juga menawarkan kemudahan,
peralatan dan acara kepada pemain. Industri sukan juga menawarkan bantuan
perkhidmatan am, kawalan dan publisiti kepada organisasi yang lain.
Ringkasnya definisi Industri Sukan ini amat luas ruang lingkupnya di samping
sangat dinamik dan sentiasa berkembang merangkumi keseluruhan organisasi
pengeluar, pembekal barangan dan perkhidmatan sukan untuk konsumer sukan secara
langsung mahupun tidak Organisasi-organisasi tersebut berurusan atas dasar
pengkhususan kerja dan kepakaran masing-masing dan saling bergantung antara satu
sama lain. Dari definisi yang pelbagai di atas, terdapat satu perkara pokok yang jelas;
kerjaya dalam sukan ini mula dilihat sebagai satu pekerjaan atau kerjaya yang serius
dan sepenuh masa di mana perancangan yang teliti harus dibuat demi kelancaran acara
atau aktiviti sukan. Kita mula sedar juga betapa acara sukan tidak dapat berdiri
dengan sendiri malah sangat bergantung kepada sektor-sektor industri yang lain.
Sebagai contoh kite lihat proses penganjuran Sukan Komanwel ke 16, "Kuala Lumpur
98". Perancangan yang mantap telah dibuat seawal 10 tahun sebelumnya oleh
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk menawarkan Malaysia sebagai tuan
rumah melalui proses bidaan (bidding). Kemudian perancangan prasarana Kompleks
Sukan Negara Bukit Jalil dan beberapa lagi fasiliti sukan di sekitar Lembah Kelang
dan seluruh Malaysia pula dibuat setelah Kabinet meluluskan peruntukan yang
berkaitan.
Tanpa sokongan dan penglibatan dari sektor industri konvensional yang lain
maka sudah tentu projek besar ini tidak akan berjaya. Sekali imbas boleh dikatakan
kesemua sektor industri konvensional ada kaitan rapat dengan industri sukan. Malah
setengah para akademik pengurusan sukan berpendapat dan mengatakan bahawa
industri sukan ini adalah gabungan berbagai bidang (multi-disciplined area) yang
lebih luas dan kemudian diguna pakai (applied) kepada sukan. Walaupun terdapat
banyak persamaan antara industri sukan dan industri pemiagaan konvensional namun
ada beberapa perkara yang membezakan industri sukan ini dari industri konvensional
antaranya (walaupun tidak hanya terhad kepada):
1. Produk industri sukan mempunyai jangkahayat pendek (short shelf-life) dan
diguna pads masa itu jugs (on site), misalnya perlawanan bolasepak. Produk
industri biasa boleh digunakan pada bila-bila masa misalannya kereta.
2. Kegunaan produk industri sukan yang sangat terhad, contohnya stadium yang
hanya boleh menampung sebilangan penonton sahaja dan padang bolasepak di
dalarn stadium tersebut yang boleh menampung jumlah yang lebih kecil
manakala produk industri konvensional mempunyai had gunaan yang tidak
begitu terbatas.
3. Adakalanya sukar mengawal kualiti dan konsistensi produk industri sukan
misalnya kecergasan atlit dan mood atau perasaan penonton. Produk industri
konvensional lebih mudah dikawal dari segi ini.
4. Produk industri sukan yang sangat bergantung kepada elemen kemanusiaan
(human element) seperti perasaan yang dikongsi bersama oleh semua peminat
bolasepak negeri Perak apabila pasukan kesayangan mereka berjaya mara ke
perlawanan akhir dan seterusnya menjuarai Liga Perdana 2000 hingga
menyebabkan kesemua 25000 tiket ke perlawanan akhir itu habis dijual.
Produk industri biasa biarpun mempunyai elemen kemanusiaan itu seperti
kereta yang menimbulkan rasa bangga kepada pemiliknya namun pemasar
kereta tersebut tidaklah begitu bergantung kepada sentimen yang sama untuk
memastikan penjualan keretanya laris.
5. Industri konvensional sangat bermotifkan komersial dan keuntungan manakala
industri sukan biarpun keuntungan juga adalah satu matlamat namun kerap kali
matlamat sebenar sesuatu acara sukan dijalankan adalah lebih bersifat bukan
keuntungan. Misalnya penganjuran Sukan Paralimpiad Rantau Pasifik
(FESPIC) 2006 yang sangat tinggi dari segi kos, namun is masih penting
kerana dapat membuka ruang keterlibatan lebih ramai atlit kurang upaya.
Bagi industri sukan, oleh kerana elemen dalaman seperti natijah sesuatu acara
itu bampir mustahil untuk ditaksirkan maka elemen luaran sangat diambil
berat, misalnya cuaca dan bagaimana caranya untuk mengadakan sesuatu acara
walaupun terdapat gangguan semulajadi seperti itu. Ini adalah kerana faktor
luaran seperti cuaca itu sangat mempengaruhi kualiti produk sukan yang bakal
disajikan kepada pengguna hingga boleh menurunkan tahap keseronokan
penonton. Faktor dan elemen luaran walaupun penting tetapi tidaklah
mempunyai pengaruh yang besar kepada industri konvensional.
Nilai dan Segmentasi Industri Sukan Tempatan
Industri sukan juga adalah merupakan suatu sektor yang mempunyai pembahagian
(segmentation) yang banyak. Terdapat pelbagai sektor sukan profesional (seperti Liga
Perdana), sukan peringkat universiti (seperti Majlis Sukan Universiti Malaysia,
MASUM) sukan sekolah (seperti Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, MSSM)
sukan antara kelab, sukan amatur, sukan massa dan aktiviti sukan yang mempunyai
elemen komersil serta kemudahan rekreasi dan organisasi perkhidmatan sukan. Kalau
dilihat dari aspek penerapan nilai komersil dalam sukan tempatan, ianya dapat dikesan
ketika konsep Persyarikatan Malaysia' cetusan idea mantan Perdana Menteri Tun Dr.
Mahathir Mohamad diterjemahkan oleh mantan Menteri Belia dan Sukan Datuk
Abdul Ghani Othman menerusi program Rakan Sukan di awal tahun 90-an (Sabirin,
1999). Konsep Rakan Sukan ini menggabungkan persefahaman dan kerjasama intim
antara pihak kerajaan, sektor swasta (sebagai tanggungjawab sosial dan menjadi nilai
tambah komersil), persatuan dan peminat sukan ke arah kecemerlangan sukan.
Mengikut perangkaan Rancangan Malaysia Kelima, jumlah peruntukan
pembangunan sosial bagi program sukan dalam tempoh 1986 hingga 1995 adalah
bernilai RM97 juta walaupun yang dibelanjakan adalah RM49 juta. Seterusnya di
dalam Rancangan Malaysia Keenam, peruntukan untuk program sukan dilihat
meningkat kepada RM179 juta. Rancangan Malaysia Kesembilan yang baru
diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada
akhir tahun 2006 telah mengukuhkan lagi sokongan kerajaan yang serius terhadap
pembangunan sukan tempatan dengan peruntukan sebanyak dua kali ganda
peruntukan sukan Rancangan Malaysia Kelapan. lni jelas menunjukkan betapa
kerajaan sendiri amat menitikberatkan pembangunan sukan dan yakin dengan potensi
bidang ini untuk berkembang seterusnya menjana keuntungan ekonomi dan modal
insan kepada negara.
Di negara kita, nilai impak pengganda sukan adalah infiniti. Hampir semua
sektor ekonomi lain ada bersangkut paut dengan industri ini seperti pelancongan
sukan, pendidikan sukan, perlombongan dan perhutanan taman tema dan rekreasi
sukan, pembuatan dan pengilangan sukan, media sukan, hotel dan katering sukan dan
lain-lain lagi. Meek (1997) telah mengukur saiz industri sukan serta aktiviti sokongan
di Amerika Syarikat. Meek telah mencadangkan supaya industri sukan dipecahkan
kepada tiga sektor utama iaitu: a) Hiburan Sukan dan Rekreasi — acara, pasukan dan
peserta individu; b) Produk, Rekaan dan Pekhidmatan Sukan — rekaan alatan terkini,
pengeluaran dan pengagihan produk sukan dan sebagainya; c) Organisasi Sukan
Sokongan — seperti liga, syarikat pemasaran, syarikat guaman dan sebagainya
(Meek, 1997).
Di Malaysia, tiada sebarang kajian serupa pemah dijalankan untuk menilai
sektor industri sukan. Oleh yang demikian, dengan menggunakan Teori Meek (1997),
sektor sukan sebagai hiburan adalah satu sektor yang paling tampak di Malaysia.
Acara sukan dipelbagai peringkat terus diadakan memandangkan wujudnya pelbagai
prasarana bertaraf antarabangsa. Sistem perhubungan yang canggih dan kewujudan
Koridor Raya Multimedia juga turut membantu menjadikan Malaysia pilihan lokasi
penganjuran sukan antarabangsa. Sektor pelancongan sukan adalah suatu sektor yang
semakin berpotensi menjana pendapatan. Tahun 1988 yang telah diisytiharkan sebagai
Tahun Sukan dan Rekreasi oleh Kementerian Belia dan Sukan menjadi bukti kukuh
bahawa sektor ini semakin mendapat pengiktirafan dari kerajaan atas kepentingan dan
sumbangan terhadap ekonomi negara. Permintaan terhadap media sukan juga semakin
ketara, tambahan pula dengan konsep `global village' dan kemudahan melayari
Internet melalui jalur lebar telah menyebabkan pengguna menjadi lebih peka terhadap
status sukan antarabangsa terkini dan memudahkan pengguna Malaysia mengikuti
perkembangan tersebut.
Aliran perkembangan konsep taman tema di Malaysia juga amat menggalakkan
sejak lima hingga enam tahun kebelakangan ini. Di sekitar Lembah Kelang sahaja,
taman-taman terra tumbuh dengan banyak dan pesat bagaikan cendawan selepas
hujan. Faktor ini adalah disebabkan keadaan ekonomi negara yang stabil dan
meyumbang kepada kuasa membeli pengguna serta keinginan peugguna untuk
menyalurkan tekanan kerja seharian dengan berehat bersama keluarga. Kalau sepuluh
tahun dahulu, taman terra terdekat mungkin hanya didapati di negara-negara jiran
seperti Indonesia, Singapura dan Thailand, kini taman tema Malaysia adalah antara
tarikan utama kedatangan pelancong dari luar negara.
Sektor pembuatan dan pengagihan produk sukan juga wujud di Malaysia.
Negara kita memiliki jenama barangan sukan yang setanding dengan jenama barangan
sukan antarabangsa. Malah, tenaga kerja berkualiti juga menjadi faktor utama pemilik
jenama antarabangsa menjadikan Malaysia sebagai pelabuhan `entreport' dan syarikat
pengeluar dan pengilang barangan mereka terutamanya barangan ringan seperti
pakaian, kasut dan sebagainya.
Sektor yang ketiga yang tidak kurang pentingnya ialah organisasi sukan
sokongan. Sektor ini dipecahkan kepada tiga sektor lagi iaitu Sukan Amatur, Sukan
Profesional serta Persatuan dan Kelab Rekreasi. Dengan adanya usaha dari pihak
kerajaan untuk mengemaskini daftar persatuan sukan di Malaysia melalui
penggubalan Akta Pembangunan Sukan 1997 adalah diharapkan pengurusan serta
pentadbiran sukan negara akan lebih profesional dan mantap.
Secara keseluruhannya, kita dapat perhatikan bahawa impak ekonomi dan
pengganda sukan amat besar. Impak Ekonomi termasuklah segala aktiviti ekonomi
secara langsung dan tidak langsung dan terhasil dari wang baru yang dimasukkan ke
dalam sesuatu sistem ekonomi sementara Impak Pengganda adalah gandaan berapa
kali wang yang sama telah dibelanjakan. Contohnya, apabila sesuatu acara sukan
tempatan membawa masuk wang dari pelancong, wang tersebut digunakan untuk
membayar peketja perkhidmatan tempatan. Pekerja itu kemudiannya menggunakan
wang itu semula di dalam sistem ekonomi tempatan apabila membeli barangan
keperluan harian, membayar bil dan sebagainya. Impak ekonomi dan acara sukan
ialah wang barn yang masuk hasil perbelanjaan pelancong asing. Impak pengganda
ialah apabila wang itu digunakan kembali dan membantu menyuburkan pemiagaan
tempatan yang lain.
Persediaan Akademik Sukan di Malaysia
Jelas kini bahawa negara kita telah membuat pelaburan yang besar dalam
membangunkan sukan di Malaysia. Secara dasarnya, sukan adalah sebahagian dari
agenda modenisasi negara. Ini dibuktikan melalui penggubalan Dasar Sukan Negara
(National Sports Policy, 1989). Dasar Sukan Negara menggariskan bahawa
pembangunan sukan negara adalah sebagai sebahagian usaha regenerasi sosial dan
ianya mestilah seiring di antara pembangunan sukan elit dan sukan massa.
Apabila sukan mula dijadikan sebagai perniagaan maka perancangan yang teliti
perlu diadakan untuk mengurus sukan tersebut dan di sinilah akan kita perhatikan apa
yang dikatakan kepentingan persediaan akademik sebagai seorang pengurus sukan.
Dari perspektif Chelladurai (1986), pengurusan merangkumi empat fungsi
pentadbiran yang seharusnya dimiliki oleh seseorang pengurus yang berkesan iaitu
Planning (Perancangan), Organizing (Pengendalian), Leading (Pentadbiran melalui
Kepimpinan) dan Evaluating (Penilaian) yang disebut juga sebagai prinsip POLE.
Sementara Daft (2003) menerangkan dengan lebih lanjut bahawa pengurusan adalah:
a set of activities, including planning and decision making, organizing,
leading and controlling, directed at an organization's human, financial,
physical and information resources, with the aim of achieving
organizational goals in an efficient and effective manner.
Secara ringkas, seorang pengurus sukan mempunyai tanggungjawab yang sukar,
selain dan tidak terhad hanya kepada berasaskan prinsip POLE, beliau juga harus peka
terhadap keunikan sukan itu sendiri agar dapat beliau aplikasikan prinsip tersebut
kepada suasana sukan yang lebih khusus. DeSensi et al. (1988) seterusnya
mendefinisikan Pengurusan Sukan sebagai:
any combination of skills related to planning, organizing, directing,
controlling, budgeting, leading and evaluating within the context of an
organization or department whose primary product or service is related
to sport and/or physical activity.
Dari definisi ini, kita dapat rumuskan bahawa pengurusan sukan adalah
pemakaian dan penyesuaian konsep pengurusan konvensional kepada suasana unik
dan khusus sukan. Dengan cara ini, pengurusan sukan yang sebelumnya biasa
dilakukan secara ad hoc kini mula ditadbir secara lebih teratur, sistematik dan
berkesan. Pengurusan sukan menurut Parks dan Quarterman (2003) wujud dalam dua
bentuk. Pertama ialah dalam bentuk kerjaya profesional di mana terdapat pelbagai
pilihan kerjaya yang berkaitan dengan pengurusan dalam pasaran kini. Keduanya
ialah bidang akademik sebagai persediaan untuk kerjaya profesional iaitu sebagai
suatu kursus pengkhususan (major) di institusi pengajian tinggi.
Bidang pengurusan sukan telah bermula di Amerika Utara dalam kedua-dua
bentuk yang dinyatakan di atas sekitar lima puluh tahun lalu. Sementara di Malaysia,
kerjaya dan disiplin akademik ini Baru bermula kira-kira sedekad yang lalu. Di
Amerika mahupun di Malaysia, kedua-dua bentuk ini saling berkaitan di mana bidang
persediaan akademik diberi tumpuan memandangkan keperluan di dalam pasaran
kerja terhadap pengurus sukan yang berkesan semakin meningkat naik. Suatu contoh
yang nyata mengenai tumpuan yang diberikan kepada persediaan akademik ini di
Malaysia ialah peruntukan perundangan di dalam Akta Pembangunan Sukan 1997
yang berkuatkuasa pads Januari 1998 di mama disebut secara khusus di dalam Seksyen
7 Bahagian II bahawa:
Menteri boleh, ke arah membangunkan sukan, mengambil segala
tindakan yang perlu untuk menggalakkan pembangunan sains sukan di
institusi pendidikan tinggi di Malaysia dan bagi maksud ini boleh
memberikan segala bantuan yang difikirkannya perlu.
Sesuai dengan peruntukan itu, maka kits dapati beberapa institusi pengajian
tinggi awam dan swasta tempatan mula menawarkan program akademik berasaskan
pengajian sains sukan dengan Universiti Malaya pads tahun 1995 sebagai pelopor
bidang in yang akan diterangkan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya.
Sejarah Perkembangan Disiplin Pengurusan Sukan
Perkembangan bidang pengurusan sukan tempatan banyak dipengaruhi oleh
perkembangan bidang ini di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United
Kingdom dan negara-negara Eropah dan Asia lain. Ini tidak menghairankan
memandangkan Malaysia juga banyak mengalami proses asimilasi sukan asing dan
kesediaan untuk menganggap serta menerima sukan itu sebagai milik sendiri.
Contohnya seperti sukan bolasepak yang dibawa masuk ke Malaysia oleh golongan
tentera British di era pra-Kemerdekaan. Boleh dikatakan semua sukan di Malaysia
mempunyai pengaruh dan luar kecuali mungkin sepaktakraw yang asalnya adalah
disebut sepak raga dapat dikesan tertulis di dalam buku Sejarah Melayu karangan Tun
Sri Lanang (Khoo, 1985).
Di Amerika Syarikat, inspirasi untuk suatu kurikulum khusus tentang Pengurusan
Sukan dapat dikesan seawal 1957, apabila Walter O'Malley, pemilik pasukan besbot
Los Angeles Dodgers waktu itu menulis kepada James Mason, seorang pendidik di
Universiti Ohio bertanyakan soalan di bawah:
Where would one go to find a person who by virtue of education
had been trained to administer a marina, race track, ski resort,
auditorium, stadium, theatre, convention or exhibition hall, a
public complex, or a person to fill an executive position at a
team or league level. (Parks & Quarterman, 2003)
Tidak lama selepas itu, Universiti Ohio telah memulakan program pengurusan sukan
di peringkat Sarjana pads tahun 1966. Program akademik itu adalah program
Pengurusan Sukan gunaan yang pertama sekali di Amerika Syarikat dan sehingga
awal tahun 1990 terdapat lebih 200 orang pelajar siswazah dan pasca-siswazah dalam
bidang pengurusan sukan di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada. Amerika dianggap
sebagai perintis di dalam bidang sukan sebagai pemiagaan dan hiburan dalam industri
sukan secara globalnya. Kebanyakan negara di dunia ini sering menggunakan
Amerika sebagai model untuk keunggulan sukan dan Malaysia tidak terkecuali.
Walaupun demikian, tidak semua contoh harus diambil dan Amerika, dan para
pengurus sukan di Malaysia hares peka dengan situasi tempatan yang lebih berciri
Asia dan tentunya terdapat percanggahan antara kedua budaya ini yang perlu dibeza
dan dihormati.
Hampir tiga puluh tahun kemudiannya, di Malaysia, Universiti Malaya telah
memulakan program akademik di Pusat Sukan dengan penawaran ijazah Sarjana
Muda Sains Sukan melalui program akademik empat tahun (kini tiga) dengan tiga
jurusan pengkhususan (major) iaitu:
1. Pengurusan Sukan
2. Psikologi Sukan dan Kejurulatihan
3. Fisiologi Sukan dan Terapi Atlit
Program yang bermula pada tahun 1995 ini juga adalah merupakan yang pertama di
Malaysia khususnya dan di rantau Asia Tenggara umumnya. Program dan kurikulum
Sains Sukan di Universiti Malaya ini telah direka khusus untuk memenuhi kehendak
dan keperluan pasaran tempatan setelah kajian terperinci dilaksanakan. Sebagai garis
panduan, kurikulum pengajian sukan (sports studies) dan sains sukan (sports science)
adalah disesuaikan dari basil kajian perbandingan yang dibuat di universiti-universiti
yang menawarkan kursus yang sama di Amerika Utara dan Eropah. Program ini
tercetus idea dari Naib Canselor Universiti Malaya pads ketika itu, Allahyarham Tan
Sri Dato' Dr. Abdullah Sanusi Ahmad yang menyedari kepentingan pengurusan sukan
secara profesional. Tugas berat itu kemudiannya diserahkan kepada Pusat Sukan yang
diketuai oleh mantan Pengarah Profesor Dato' Dr. Khoo Kay Kim, seorang peminat
sukan dan pakar sejarah sukan yang sering menyumbangkan penulisan dan kritikan
mengenai sukan di dalam akhbar, majalah dan makalah sukan tempatan.
Program dan kurikulum pengajian sains sukan ini seterusnya telah diasaskan dan
disusun oleh mantan Timbalan Pengarah Pusat Sukan, Encik Megat Ahmad
Kamaluddin Megat Daud. Sebagai latarbelakang, Encik Megat Ahmad Kamaluddin
berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Pentadbiran Sukan) dan Sarjana Sains
(Pengurusan Sukan) Bari Universiti St. Thomas, Miami, Florida. Beliau adalah antara
anak Malaysia pertama yang mempunyai kelayakan akademik Pengurusan Sukan
dalam peringkat ijazah dasar dan sarjana. Ini penting kerana sebelum ini persediaan
akademik sukan sering dilaksanakan sebagai sebahagian program Pendidikan Jasmani
memandangkan kelayakan penggubal program adalah dalam Pendidikan Jasmani.
Seterusnya, kajian kemungkinan pra-program yang telah disusun beliau telah memberi
keunikan program di Universiti Malaya kerana ianya mengambil kira keperluan dan
perkembangan pasaran di dalam industri sukan tempatan dan seterusnya menjadi
model asas.
Sejurus selepas itu beberapa institusi pendidikan tinggi awam dan swasta lain
mula menuruti jejak langkah Universiti Malaya, seperti lnstitut Teknologi MARA
(kini UiTM), Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan banyak lagi. Perlu
juga disebut di sini bahawa hanya UM, UMS dan UiTM sahaja yang menawarkan
program akademik untuk pengurusan sukan sementara UiTM lebih berfokuskan
rekreasi. Program akademik sukan UTM adalah berteraskan pendidikan. Begitu juga
program akademik sukan UPM yang lebih menjurus kepada Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan.
Pemahaman Tugas, Kemahiran Asas, serta Peranan Persediaan Akademik dan
Peluang Kerjaya dalam Pengurusan Sukan
Mengurus sesuatu acara atau organisasi sukan adalah keterangan tugas utama seorang
pengurus sukan. Persoalannya mungkin kini, bagaimana hendak kita lakukannya,
dimana dimulakan, bagaimana pula sekiranya struktur organisasi kita berbeza dengan
yang lain? Dengan mengambil kira keunikan setiap organisasi dan/atau acara, secara
umumnya terdapat empat kelompok tugas dan tanggungjawab yang biasanya dijalankan
oleh pengurus sukan iaitu: 1) Tugas pengurusan umum; 2) Tugas pengurusan
organisasi; 3) Tugas pengurusan informasi; dan 4) Latihan dan sains sukan.
Kelompok tugas pengurusan yang umum adalah di mana semua pengurus sukan
harus sekurang-kurangnya faham dan dapat melaksanakannya. Tugas seperti
mempromosikan dan menawan hati pengguna/penonton seharusnya menjadi sesuatu
yang lumrah terutama kepada pengurus organisasi atau acara sukan yang bermotilkan
keuntungan ataupun penyertaan awam. Kemahiran sebegini disebut sebagai kemahiran
mudah-alih (transferable skills) kerana ianya dapat digunakan di hampir kesemua
suasana kerj a (work setting).
Seterusnya, tugas-tugas lain adalah kesinambungan dari kelompok tugas
pengurusan umum. Kita dapati bahawa kelompok tugas ini lebih menjurus kepada
kepakaran di dalam bidang-bidang yang tertentu dan ianya adalah berbeza dari satu
kelompok ke kelompok yang lain. Sebagai contoh, kepimpinan dan kemahiran
pengurusan dikatakan penting untuk mentadbir tugasan di bawah kelompok
pengurusan organisasi seperti kemahiran untuk mengarah dan menyelia pekerja di
dalam suatu program rekreasi di majlis perbandaran atau di sebuah kelab atau unit
sukan sebuah bank dan sebagainya.
Di bawah kelompok pengurusan informasi pula, kemahiran berkomunikasi secara
bertulis dan lisan adalah di antara kemahiran yang sangat diutamakan. Pengamal
bidang ini dikehendaki boleh mendapat, mengkaji, menyuai-padan, menyimpan,
mengeluarkan, menyusun dan menyebarkan maklumat mengenai sukan. Kini,
golongan ini dikehendaki untuk berkebolehan mengendalikan dan memproses data
dengan menggunakan teknologi komputer dan Internet. Contoh petugas di dalam
kelompok ini ialah pengarah pemasaran sukan, pengarah maklumat sukan dan
wartawan sukan.
Tugas di bawah kelompok latihan dan sains sukan memerlukan kepakaran yang
lebih. khusus di dalam bidang berasaskan sains. Anda akan dapati bahawa peluang
pekerjaan di dalam kelompok ini ialah seperti (walaupun tidak terhad hanya kepada)
pemulihan kardiak, kondisi sukan, program penyediaan dan latihan atlit, program
akuatik, program rekreasi (sama ada di kampus, agensi kerajaan atau bukan kerajaan,
resort, hotel dan sebagainya) dan juga industri kecergasan fizikal (seperti kelab
kecergasan, gym dan sebagainya). Pengurus sukan setidak-tidaknya perlu mempunyai
pengetahuan paling minimum dari setiap kelompok tugasan. Sebagai contoh, di
samping mempromosikan aktiviti sukan yang dianjurkan organisasinya, beliau juga
perlu mengambil kira faktor kecergasan atlitnya, faktor luaran yang boleh
mempengaruhi kelancaran aktivitinya (seperti cuaca dan sebagainya) serta
memastikan bahawa beliau tidak melangkaui batasan belanjawan organisasinya dan
aktiviti itu sendiri dapat membantu organisasi beliau mencapai matlamat organisasi.
Oleh yang demikian, langkah pertama yang harus diambil oleh seorang bakal
pengurus sukan ialah memilih suatu program akademik yang dapat memenuhi segala
keperluan asas tersebut. Di Malaysia terdapat beberapa universiti awam dan swasta
yang menawarkan program akademik sukan di peringkat sarjana muds dan sarjana.
Paling penting diperhatikan ialah kandungan kursus program akademik sukan itu
perlulah memenuhi kriteria dan merangkumi kemahiran-kemahiran tugasan yang telah
dibincangkan. Bakal pengurus sukan adalah digalakkan untuk menghubungi universitiuniversiti
berkenaan untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang program sebelum membuat sebarang keputusan. Pada kebiasaannya, program sarjana muda sains pengurusan sukan akan merangkumi tiga komponen utama: (1) Kursus Pengkhususan
(2) Kursus Pengajian/Pendidikan Umum; dan
(3) Latihan Amali dan Industri.
Di Amerika Utara, taraf program akademik Pengurusan Sukan telahpun ditentu,
diselaras dan dipantau melalui suatu dokumen pemantauan akreditasi. Taraf piawai ini
adalah hasil kerjasama dan kajian Persatuan Sukan dan Pendidikan Jasmani
Kebangsaan (National Association for Sport and Physical Education - NASPE) dan
Persatuan Pengurusan Sukan Amerika Utara (North American Society for Sport
Management - NASSM) iaitu hasil resolusi suatu persidangan di peringkat
kebangsaan pada tahun 1993. Menurut dokumen tersebut, sesuatu program sarjana
muda pengurusan sukan harus menawarkan kandungan kursus yang mempunyai
kaitan secara langsung dengan sukan di dalam sepuluh bidang atau dimensi iaitu: 1)
dimensi tingkah laku (behavioral dimension) seperti sosiologi sukan, psikologi sukan,
falsafah dan sebagainya 2) etika 3) pemasaran 4) komunikasi 5) skil penyeliaan
(organizational skills) 6) pengurusan 7) ekonomi 8) perundangan 9) pentadbiran dan
10) latihan amali (Standards for Curriculum and Voluntary Accreditation of Sport
Management Education Programs, 1993).
Walaupun demikian, program akademik sukan tidak diperlukan untuk
mengkhususkan suatu kursus untuk setiap satu bidang. Tanya memadai sekiranya
sekurang-kurangnya bidang-bidang tersebut diliputi oleh mana-mana kursus dalam
sesuatu tempoh pengajian tersebut. Perlu diingat bahawa walaupun program akademik
sukan ini dapat melahirkan graduan sukan yang boleh dan layak menjadi pengurus
sukan namun pengalaman pendidikan (educational experience) yang dialami adalah
perkara yang lebih penting dan hares difahami. Adakalanya hasrat untuk menjadi
seorang pengurus sukan itu tidak kesampaian atas apa jua alasan, namun
memandangkan kurikulum yang dicadang oleh jawatankuasa bertindak NASPE dan
NASSM ini adalah agak luas, ianya membolehkan para graduan menerokai bidang
pengurusan lain yang lebih umum. Sekiranya para graduan mendapati bahawa tugas
sebagai pengurus sukan tidak sesuai dengan jiwa mereka, maka mereka kini
mempunyai beberapa alternatif.
Di Malaysia, setakat (artikel) ini, masih belum ada usaha-usaha oleh mana-mana
pihak untuk mengenal pasti kandungan asas kursus yang ditawarkan oleh program
akademik sukan, seterusnya menetapkan tahap atau taraf keperluan minima yang
mencukupi untuk memenuhi kehendak pasaran pengurusan sukan tempatan.
Ketentuan tahap atau taraf ini amat penting demi keseragaman, penyelarasan dan
pemantauan kurikulum pengurusan sukan.
Seperti juga mana-mans bidang disiplin, seperti perundangan, perubatan,
perakaunan dan sebagainya, pengurusan sukan juga sedang mengalami apa yang
dikatakan proses profesionalisasi (professionalization). Proses ini terbahagi tiga
(Parks & Quarterman, 2003): Fasa 1 meliputi pengukuhan asas teori pengetahuan
(kajian, penyelidikan, program akademik yang diiktiraf dan sebagainya). Fasa 2
merangkumi sub-budaya yang tersendiri (termasuklah proses sosialisasi, latihan
pengembangan/pembangunan, kerjaya sepenuh masa, wujudnya persatuan profesional
yang mewakili serta memantau profesion/kerjaya tersebut, wujud kod etika kerjaya).
Fasa 3 merangkumi penerimaan dan pengiktirafan oleh masyarakat. Fasa ini
melibatkan kesedaran masyarakat mengenai kewujudan kerjaya pengurusan sukan
dan keperluan terhadapnya, keperluan lesen atau satu bentuk pengenalan kelayakan
sebelum seseorang itu boleh menjadi seorang pengurus sukan dan seterusnya
mewujudkan pasaran terhadap kerja tersebut.
Pengurusan sukan tempatan boleh dikatakan masih muda lagi dan dari kategori
Fasa ianya masih di sekitar Fasa 1. Walaupun demikian, kemajuan yang telah kita
capai dalam suasana sukan di Malaysia pads hari ini memungkinkan kita untuk
mencapai taraf profesional dalam tempoh kurang dan masa yang diperlukan untuk
kemajuan sukan di Amerika. Peluang untuk pengurus sukan kini sangat banyak. Pitts
dan Stotlar (2002) mengenal pasti beberapa jenis sukan dan aktiviti fizikal bare yang
telah muncul sejak kebelakangan ini. Antaranya 'in-line skating', 'boogie boarding',
kayak salji, 'hang-gliding', luncur ais, 'knee-boarding', bola tampar pantai dan 'indoor
soccer' sekadar menyebut beberapa contoh. Mungkin di masa akan datang akan kita
lihat lebih banyak jimnasium dan spa di bina di rumah-rumah persendirian seperti
pandangan Clement (1990) di dalam Pitts dan Stotlar (2002):
Examples of future possibilities include in-home gyms and spas, a
proliferation of personal trainers, a stronger emphasis on preventive
medicine, preprogrammed computer software to help people acquire
physical skills, using robots as sports trainers, major advancement in
communication technology
Kesemua kemungkinan ini merupakan cabaran kepada Pengurus Sukan Alaf Baru. Ada
di antara perkara yang disebut Clement (1990) telahpun berlaku dan ada yang masih
tidak terjangkau dalam fikiran. Pengurus sukan haruslah bersedia untuk menyesuaikan
diri dengan perkembangan terbaru dalam bidang mereka. Parks dan Quarterman (2003)
merumuskan bahawa terdapat tiga cabaran utama yang harus diatasi oleh pengurus
sukan. Cabaran ini bersifat umum memandangkan setiap tugas pengurusan sukan
mempunyai cabaran yang bersifat lebih khusus dan berkaitan secara langsung dengan
tugasan. Cabaran tersebut adalah dari segi teknologi, etika dan tanggungjawab sosial.
Teknologi
Perkembangan teknologi yang sangat cepat dan pelbagai sejak kebelakangan ini
memaksa pengurus sukan untuk bertindak tangkas dalam usaha memahami apa yang
sedang berlaku. Ini penting kerana teknologi berperanan mempermudahkan kerja dan
menjimatkan mass serta Wang ringgit. Cabarannya di sini adalah untuk menggunakan
sepenuhnya kemajuan teknologi untuk mencapai kemajuan dalam sukan di samping
mengekalkan kesedaran tentang pentingnya interaksi manusia di dalam kehidupan
seharian. Apatah lagi, kerana aktiviti sukan itu sendiri terdiri dari gabungan pelbagai
elemen-elemen kemanusiaan.
Et"
Teknologi yang terlalu canggih akan menimbulkan kesukaran juga. Terutamanya
tentang kekeliruan untuk menggunakannya secara beretika dan dengan tidak menyalahi
perundangan. Contohnya mungkin penghasilan makanan kesihatan berteknologi tinggi
yang boleh membantu atlit menjadi sempuma, ataupun dadah yang tidak akan dikesan.
Rintala (1995) dalam Parks dan Quarterman (2003) pemah bertanya, "Just because we
can do something as a result of science and technology, should we?"
Cabarannya kini adalah untuk memahami bahawa nilai-nilai moral dan etika
harus diambil kira bersama dengan keputusan mengenai penggunaan teknologi ini. Di
samping teknologi juga terdapat persoalan lain yang perlu dilihat seperti prinsip
keadilan sejagat, kepentingan sukan dibanding pelajaran untuk seorang pelajar-atlit,
rasuah dalam sukan dan sebagainya. Di mana kepentingan sukan berbanding
keperluan masyarakat yang lebih asas? Pengurus sukan juga hares dapat menjawab
soalan ini: Adakah kemenangan itu segala-galanya?
Tanggungjawab Sosial
Pada mass akan datang, seorang pengurus akan menjadi lebih peka terhadap suasana
sekelilingnya dan akan menjalankan tugas-tugas yang akan memperlihatkan kepekaan
beliau. Contohnya, dan ini telahpun dilihat berlaku, penyediaan perkhidmatan
penjagaan kanak-kanak di jimnasium atau spa untuk kemudahan ibu bapa yang datang
menggunakan fasiliti tersebut. Pengurus sukan jugs hares sensitif dengan
keseimbangan ekologi dan tuntutan masyarakat umum ke atas mereka. Contohnya
seperti stadium bola tampar mudah-alih Sydney 2000 yang akan dibuka kembali
selepas pertandingan kerana keengganan masyarakat setempat membiarkan pantai
Bondi dicemarkan dengan pembinaan sebuah stadium.
Penutup
Pengurusan sukan tempatan harus peka terhadap perubahan aliran pengurusan industri
sukan semasa kerana sejarah telah sering kali membuktikan bahawa perubahan aliran
sukan amat mudah diterima oleh pengguna sukan tempatan. Cabarannya kini ialah,
walaupun industri sukan negara merupakan suatu sektor ekonomi yang besar tetapi
kita masih memerlukan lebih ramai para ahli akademik dan juga profesional dalam
pengkhususan pengurusan sukan. Bidang pendidikan jasmani yang telah lama
bertapak hanya merupakan sate komponen dalam sektor pendidikan sahaja. Justeru,
industri sukan negara memerlukan perancangan yang tepat lagi berkesan dalam
memajukan disiplin pengurusan sukan selari dengan halatuju, misi dan visi negara.
Industri sukan merupakan industri yang unik dan memerlukan pembuatan keputusan
yang berbeza menurut persekitaran industri itu yang tersendiri. Ini hanya akan tercapai
sekiranya pemimpin sukan mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang
tersebut. Secara perbandingannya, adalah mustahil misalnya seseorang berkelulusan
dan berkemahiran kejuruteraan awam bertindak sebagai pakar bedah di hospital
ataupun sekiranya Dekan/Pengarah sebuah fakulti pengajian sukan gagal
mendefinisikan istilah sukan!
Negara sedang menuju ke arah profesionalisme di dalam pengurusan sukan.
Jelas di sini bahawa pengurusan sukan profesional memerlukan kemahiran dan
pengetahuan dalam bentuk kelayakan ikhtisas, di samping pengalaman sukan secara
khusus. Langkah kerajaan menggalakkan persediaan akademik berkaitan sukan adalah
suatu usaha penting demi pembangunan industri sukan negera. Pada masa yang sama
industri sukan yang tetap berkembang maju terus memerlukan pengurus sukan yang
sedia ada untuk menilai semula dan memperbaharui aktiviti dan program serta
membuka minda untuk menerima perubahan dan anjakan paradigma yang lebih
drastik dari dahulu demi memastikan pengurusan sukan moden di Malaysia lebih telus
dan seimbang. Para pemimpin sukan dan para cendekiawan sukan negara hendaklah
berusaha memahami dan menghayati keperluan industri ini. Sebagai asasnya, mereka
mestilah berkemahiran (terutama dari segi akademik) dalain memuaskan kehendak
industri sukan negara mengatasi kepentingan peribadi. Adalah sangat malang
sekiranya dasar-dasar sukan berubah-ubah dengan mudah mengikut perubahan
kepimpinan tanpa justifikasi keperluannya.
Rujukan
Brooks, C. M. (1994). Sports marketing: Competitive business strategies for sports.
Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Chelladurai, P. (1986). Sport management: Macro perspectives. London, ON: Sports
Dynamics.
Daft, R. (2003). Management (6th ed.). Mason, OH: Thomson South-Western.
DeSensi, J. T., Kelley, D., Blanton, M. D., & Beitel, P. A. (1988). Employer
expectations of sports managers and evaluation of sports management
programs in the United States. Urbana, IL: North American Society for Sport
Management Conference,
Khoo, K. K. (1985, June 4). Sportsmen in the days of yore. New Straits Times. Kuala
Lumpur.
Meek, A. (1997). An estimate of the size and supported economic activity of the sport
industry in the United States. Sport Marketing Quarterly, 6(4), 15-21.
Megat Daud, M. A. K. (2000). The Sports Industry in Malaysia. 3rd ICHPER.SD Asia
Congress. Kuala Lumpur: Salafi.
Ming Li, Hofacre, S., & Mahony, D. (2001). Economics of sport. Morgantown:
Fitness Information Technology.
Mullin, B. J. (1980). Sport management: The nature and utility of the concept. Arena
Review, 4(3), 1-11.
National Sports Policy. (1989). Kuala Lumpur: Ministry of Sports, Malaysia.
Parks, J. B., & Quarterman, J. (2003). Contemporary sport management (2nd ed.).
Champaign, IL: Human Kinetics.
Pitts, B., & Stotlar, D. K (2002). Fundamentals of sport marketing (2nd ed.).
Morgantown, VA: Fitness Information Technology.
Sabirin, N. (1999). The Role of Sports Organisations in Affecting Change. IOC Sub-
Regional Seminar for Women in Sports for the NOCs of Asia. Kuala Lumpur:
Olympic Council of Malaysia.
Standards for Curriculum and Voluntary Accreditation of Sport Management
Education Programs. (1993). Journal of Sport Management, 7, 159-170.
Wednesday, 9 January 2013
Tugasan pertama TMK PJ. Penulisan Esei :D
|
Pada pendapat saya,
Datuk Lee Chong Wei tidak harus dikekalkan sebagai jaguh olimpik 2016. Hal ini
kerana Datuk Lee telah berusia dan harus bersara untuk berehat. Selain itu,
Datuk Lee juga bercita-cita untuk membuka sebuah institut badminton selepas
bersara. Cita-cita beliau ini adalah untuk melahirkan pemain-pemain yang lebih
bujang dan bertaraf professional untuk mewakili negara. Pemain-pemain
professional yang baru akan mendapat peluang untuk beraksi dalam setiap
pertandingan untuk mencapai kemenangan. Dalam situasi ini, pemain professional
turut berlahir. Di samping itu, kelahiran pemain professional yang baru akan tetap
meningkatkan nama baik negara. Sekiranya hanya Datuk Lee dikekalkan sebagai
jaguh, pemain-pemain yang baru sukar merebut peluang untuk mendapat pengalaman
pada peringkat antarabangsa yang lebih tinggi. Oleh itu, peluang harus
diberikan kepada pemain-pemain professional yang baru agar nama baik negara
terus dijaga and maruah negara lebih dinaikkan lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)